Anak adalah amanah Allah swt, di akhirat kita akan ditanya
oleh Allah s.w.t atas setiap apa yang kita telah dipertanggungjawabkan. Mereka
adalah ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Sekiranya
kita mendidik mereka dengan kebaikan maka kebaikanlah yang akan meresap dalam
diri mereka. Sebaliknya sekiranya kita mendidik atau membiarkan mereka dalam
kejahatan maka kejahatanlah yang akan mereka lakukan.
Dewasa ini, hampir setiap keluarga mempunyai akses internet.
Banyak urusan menggunakan internet, tiada internet banyak perkara tidak boleh
dilakukan dengan cepat. Sebagai contoh, nak keluarkan wang dari ATM perlukan
internet, nak pohon kerja perlukan internet dan sebagainya. Berita-berita,
isu-isu semasa dan apa-apa sahaja kiriman ‘post’
dari kawan-kawan boleh diketahui dengan cepat.
Pendidikan dan teknologi informasi tidak dapat dipisahkan
lagi seumpama aur dengan tebing. Masing-masing saling memerlukan….Teknologi
informasi adalah pemankin kepada kemajuan pendidikan dunia. Pendidikan pula
adalah senjata paling bernilai untuk mengubah dunia, dengan itu apabila
pendidikan ini digerakkan dan disebarkan secara meluas dengan menggunakan
teknologi informasi maka dunia akan berubah dengan cepat sekali.
Kini, sudah banyak orang yang memahami kewujudan IT dan
Pendidikan… antaranya adalah syarikat Pencil Brand Sdn. Bhd yang telah
menghasilkan produk berjenama Pencil.my. Pencil.my adalah salah satu platfom
yang menggabungkan 3 jenis orang penting dalam menggunakan IT dan pendidikan
bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik. Antara 3
orang penting itu adalah Guru, Ibu bapa dan Pencil Team. Guru adalah pendidik
negara, mereka adalah orang yang berilmu dan berpengalaman dalam mendidik
anak-anak bangsa kita. Pencil.my menggunakan khidmat guru untuk menyediakan
soalan-soalan yang bekualiti disamping dapat menjana pendapatan sampingan
kepada para guru dengan cara “Per Question Consume” atau PQC.
Manakala ibu bapa hanya perlu mendaftar secara percuma dalam
platfom parent.pencil.my dan boleh memantau keputusan serta aktiviti
pembelajaran anak-anak mereka pada setiap hari. Berbeza dengan pusat-pusat
tuisyen ataupun di sekolah, keputusan anak-anak hanya boleh diperolehi dalam masa
ujian sahaja.
Sebagai kesimpulan sekiranya seseorang individu itu memisahkan
antara IT dan Pendidikan, maka pendidikan seseorang itu adalah outdated atau
kuno. Sesebuah negara itu maju adalah kerana pendidikan, sekiranya pendidikan
itu outdated atau kuno..maka negara itupun lambat maju. Kita sebagai ibu bapa harus rebut peluang ini untuk kebaikan anak-anak kita. Kitalah yang menyediakan program untuk anak-anak kita, bukan mereka yang menyediakan program mereka sendiri.
Sekian terima kasih.
p/s: Dah lama tak menulis…hahahah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan