Tips Mentoring kepada Guru Mengurus Pelajar Skor A Secara Keseluruhan

Mentoring

Cara begini sangat berkesan... in sha Allah. Dengan syarat kumpulan pelajar itu diurus dengan baik. Bagi saya, sebagai bekas seorang guru Matematik Tambahan, Fizik dan Sains...saya pernah menggunakan kaedah ini kepada pelajar saya dan Alhamdulillah Berjaya...




Langkah 1
Keputusan ujian pertama dalam sekolah boleh digunakan untuk menganalisa markah setiap pelajar.

Langkah 2
Bahagikan pelajar-pelajar mengikut keputusan yang diperoleh masing-masing mengikut gred.
Contoh:
A+ -------> 5 orang
A- --------> 3 orang

B+--------> 8 orang
C  --------> 10 orang
D ---------> 5 orang
...
Sebagai contoh sekiranya dalam kelas anda ada terdapat seramai 30 orang pelajar
(20 perempuan + 10 lelaki),
bahagikan kepada 5 kumpulan pelajar perempuan dan 3 kumpulan pelajar lelaki.

Kumpulan pelajar perempuan
Kumpulan A
Kumpulan B
Kumpulan C
Kumpulan D
Kumpulan E

Kumpulan pelajar lelaki



Kumpulan F
Kumpulan G
Kumpulan H

Langkah 4
Pastikan dalam setiap kumpulan itu terdapat pelajar yang AGAK MENGUASAI subjek itu. Pembahagian mengikut cita rasa anda...anda lebih kenal PELAJAR anda. Mana yang rajin, mana yang malas, mana yang tak NGAM... dan macam-macam la...

Langkah 5
Buat senarai semak untuk latihan bagi setiap kumpulan. Ini adalah penanda aras pelajar anda untuk berjaya, sekiranya mereka dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh anda...mereka mempunyai peluang yang CERAH untuk berjaya.... sekiranya tak..tangkap itu KETUA..bagi basuh
Langkah 6
Latih ketua setiap kumpulan untuk mengajar kawan-kawan mereka. Bagi latihan yang khusus untuk mereka... cerita pasal markah yang dapat sekiranya mereka tulis jawapan macam ini, macam itu... bagi mereka faham.. ketua kumpulan biasanya yang dah ada potensi yang besar untuk dapat A, mereka sudah mempunyai minat atau inisiatif untuk berjaya. Jadi kita gunakan mereka untuk kebaikan semua pelajar.

Pelajar dan student x sama level, contohnya konsep pembiasan cahaya... Ingat x?Anggapla student kite tu macam bongkah kaca, kita plak sebagai guru ....UDARA.
Apabila kita ajar A pelajar faham B...Kenapa jadi macam tu?Sebab... Ade ketumpatan yang berbeza antara medium kaca dan medium udara...

KONSEP PEMBIASAN CAHAYA BERLAKU APABILA TERDAPAT DUA MEDIUM BERBEZA KETUMPATAN.


Samalah kita guru dengan pelajar....Kita rasa macam student dah faham, tapi sebenarnya mereka salah faham... ade yang faham dan ade yang tak faham... nak tahu mereka faham ke tak..tengok keputusan UJIAN yang dibuat.

Jadi, teknik MENTOR ini adalah untuk mengelakkan pembiasan cahaya yang disebabkan oleh perbezeaan medium



Dengan itu, pelajar yang lebih LAJU or MUDAH TANGKAP ini boleh membantu kita bagi proses pemahaman dalam sesuatu tajuk....



BAHAN UNTUK LATIHAN? Banyak sangat...
Ini contoh yang saya pernah guna untuk pelajar saya suatu ketika dulu...


Nak senang lagi? Boleh cuba guna Pencil.my Portal Pembelajaran Secara Online....
Bagi saya, anda boleh gunakan Pencil.my untuk pelajar anda jawab secara online dan dapat terus jawapan selepas menjawab soalan-soalan.

Yelah..kadang-kadang student boring duk dalam kelas...mereka suka sangat ICT ni...jadi bawakla sekali-skali gi ICT..jawab soalan-soalan sejarah, sains, Bahasa inggeris ke... anda monitor je...pastikan mereka jawab soalan... anda senang mereka pun senang... yang untung..anda jugak kan?

~ Selamat Maju Jaya.... ~





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan